PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, 24 November 2011

pertandingan blog

Pada 18 November telah diadakan anugerah TARGET A..Selain itu,Al-Quran telah diserahkan kepada pelajar form1.kami telah memenangi pertandingan blog bg form 5..Tempat ke-2.dapat hamper ...Alhamdulillah... 5UIA di tempat pertama..TAHNIAH..terima kasih kepada semua yg telah memberi sokongan kepada kami dan bekerjasama bg menceriakan blog ini.Terima kasih kepada semua yang terlibat... <3 <3,,Pada hari yang sama juga penyerahan RM100 kepada pelajar form1-from4 telah dijalankan..ramai ibu bapa yang hadir..ramai guru-guru yang sibuk menjayakan program tersebut..Kelas fizik juga diadakan pd hari yang sama di lab fizik bagi sesi mengulangkaji..terima kasih TEACHER!! =D
































                           
thank you for reading this entry

Thursday, 10 November 2011

SPM 2011

KAMI PELAJAR-PELAJAR 5 UM INGIN MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA GURU-GURU,KAWAN-KAWAN DAN SEMUA YANG MENGENALI KAMI.
KEPADA GURU-GURU :SEMOGA  BERKATKAN  ILMU YANG GURU-GURU SEMUA BERI KAN KEPADA KAMI..

TERIMA KASIH SEMUA. 


KEPADA PELAJAR-PELAJAR SPM 2011  BATCH 1994.


# SEMOGA ALLAH MEMBANTU KITA DALAM MEMBUAT EXAM NANTI.
#SEMOGA BERJAYA MEMBUAT EXAM NANTI
#SEMOGA  HATI TENANG DALAM MEMBUAT EXAM .
#SEMOGA DI LIMPAHI IDEA-IDEA DAN JALAN KERJA DI MINDA KITA SEMASA EXAM NANTI.
#SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT RESULT YANG CEMERLANG!!
 AMIN ~





thank you for reading this entry

Saturday, 5 November 2011

salam aidil adha

KAMI PELAJAR-PELAJAR 5 UNIVERSITI MALAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA KELUARGA,GURU-GURU,ADIK-ADIK,KAKAK-KAKAK SEKALIAN : D


P/S : kepada pelajar - pelajar 5 UM  ingat sila la membuat ulangkaji ye.hee.SPM dah makin hampir.ngee~

thank you for reading this entry

Wednesday, 26 October 2011

HaPpY DeEpAvAli

Kami ingin mengucapkan selamat menyambut hari deepavali kepada semua guru-guru dan pelajar-pelajar yang beragama hindu..




                         

thank you for reading this entry

Sunday, 9 October 2011

kisah aku dan siput












Suatu hari tuhan memberiku tugasmembaea siput jala-jalan…
Aku tak dapat berjalan cepat bersamanya…

sekali pun siput telah berusaha keras mengikutiku.
setiap kali dia hanya mampu beralih sedikit, demi sedikit…





lalu aku menariknya, menyeret, bahkan aku menendangnya…siput menjadi terluka.
Ia mengucerkan keringat, nafas tersengal…

susah payah dia terus merangkak.Aku mandesak, menghardik, dan memarahinya…
siput memandangku dengan pandangan meminta maaf…




seraya berkata:”maaf kan aku suda berusaha segenap tenaga:”
Aku tak tahan dan berteriak:
” Tuhan mengapa engkau meminta akumengajak seekor siput jalan-jalan?
Apa maksutmu?”
Tiba-tiba aku merasa langit sunyi senyap…….




siput menghilang dari pandanganku…
Inikah jawaban tuhan…?
Dia menyingkirkan siput dari hadapanku…
baiklah tugasku sudah selesai.
Tetapi,,, ternyataaku melihat siput tadi merngkak di depanku..




Aku terpaksa berjalan kesal di belakangnya.
Aku pelankan langkah, menegakankan hati, dan sesuatu datang dalam hatiku…
Rupanya inilah yang tuhan maksutkan…
;” siputlah yang menuntun langkahku bukan sebaliknya.







Saat kita dipertemukan dengan ‘seseorang’..

Saat sang penolong menemukan diri kita..ingat bahawa itu anugerah yang mahal hargaNYA..
Kerana DIA,hidup kita dirubahNYA…

Saat kita masih memiliki orang yang kita kasihi..berusahalah memperoleh kesempatan mengisi waktu
bersama mereka…
Kerana ketika mereka telah pergi..semuanya sudah terlambat…
Saat kita dipertemukan dengan teman yang dapat dipercaya..berusahalah untuk rukun bersamanya…
Kerana seumur hidup manusia..teman sejati tak mudah ditemukan…

Saat mengingat orang yang kita sayangi tetapi tidak membalas kebaikan kita..
Bisakah kita berdoa untuk kebaikannya?..bukankah kita berharap dia
bahagia??

Saat ingat orang yang pernah kita cintai tapi
semuanya telah berakhir..berilah senyum manis untuk semua kenangan yang telah terjadi..kerana dia telah membuat kita mengerti tentang kisah sejati..
Saat mengingat orang yang kita benci mulailah belajar untuk memaafkannya..
Kehadirannya telah memberi kesempatan pada kita untuk lebih bijak..
Saat ingat orang yang pernah mengkhianati kita..fikirkan dia secara positif..jika bukan kerana dia hari ini kitatak pernah memahami dunia dari dua sisi..

Saat ingat orang yang meninggalkan kita begitu
sahaja,berterima kasihlah kerana dia pernah ada dalam hidup kita…
Kerana dia pernah membuat kita peduli pada perasaan sesama…
Saat bertemu dengan orang yang salah faham dengan kita…amiklah kesempatan untuk menjelaskan..siapa tahu ini adalah perjumpaan terakhir dengannya..

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang bersedia menemani kita seumur hidup..peliharalah cinta yang ada..kerana dia merupakan anugerah yang terindah dalam hidup kita…
Mari kita selidiki hati kita..apakah kita sedang merasa sepot untuk menyingkirkan ‘siput-siput’ yang tidak nyaman dalam hidup kita??
Renungkan kembali..tak pernah segala sesuatu terjadi pada kita begitu sahaja…

Rencana ALLAH mengaturnya demi
kebaikan kita..
Ketika kita berjumpa dengan seseorang mungkin itulah kesempatan untuk saling melengkapi…
Tidak selalu membahagiakan..kadang-kadang bahkan tampak menyakitkan..
Saatnyalah untuk kita berjalan perlahan merenungkan erti keberadaannya dalam kehidupan kita…
Sahabatku…
Ingatlah..setiap perkara yang terjadi dalam kehidupan kita DIA Maha Mengetahui..dan itu adalah rencanaNYA…

Jika suatu saat kita jatuh dan terluka
Kehilangan dan ditinggalkan..
DON’T GIVE UP……
Yakinlah…

DIA tidak akan meninggalkan kita…DIA Maha Mengetahui apa 

yang terbaik untuk kita..
Dan adakalanya..DIA tidak memenuhi keinginan kita,tetapi DIA memberikan apa yang kita perlukan..
Have a wonderfull life…








thank you for reading this entry

kisah pemadam dan pensel.

Pencil : You know, I’m really sorry.
Eraser : Sorry for what? You didn’t do anything wrong!
Pencil : Well, every time when i make mistake, you will be there to erase my mistake. But, as time passes by, part of you are gone.
Eraser : That’s true, but I don’t really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though, one of these day I know I’ll be gone, and you have to replace me with a new one, I’m actually happy to do this job. So don’t be sad! I hate seeing you sad!


Ibu-bapa adalah seperti pemadam manakala anak-anak mereka adalah pensel. Mereka selalu ada untuk anak-anak mereka, membetulkan kesalahan mereka. Kadang-kadang dalam masa yang sama, mereka terluka, dan menjadi lebih kecil / lebih tua, dan akhirnya berlalu pergi. Walaupun anak-anak mereka akhirnya akan bertemu dengan seseorang yang baru (pasangan), tetapi ibu bapa tetap gembira dengan apa yang mereka lakukan untuk anak-anak mereka, dan akan sentiasa benci melihat anak-anak kesayangan mereka merasa bimbang, atau sedih. Namun ibu bapa kita semakin kecil dan lebih kecil setiap hari. Suatu hari, semua yang kita akan tinggalkan nanti akan menjadi parutan pemadam dan kenangan dari apa yang kita biasa ada.
thank you for reading this entry

Saturday, 8 October 2011

JANGAN PUTUS ASA!!!

JANGAN PUTUS ASA

Pernahkah anda merasakan seperti anda jatuh dari bangunan, tingginya melebihi ketinggian langit di saat apa yang anda usahakan selama ini tidak membuahkan hasil?


Pernahkah anda merasakan bahawa hidup anda tiada lagi berguna dan anda seseolah kehilangan arah tuju di saat keringat yang tertitis tidak memberikan anda apa yang anda inginkan?


Pernahkah anda merasakan hidup ini kelam, tiada yang bercahaya, hati yang sebak, titisan air mata yang tidak lagi boleh dikawal mengalir bagaikan arus sungai lajunya di saat bangunan yang anda cuba naikkan selama ini roboh dan berkecai satu persatu?


Anda terkesima. Anda terduduk. Anda rebah. Anda menangis. Pedih dan sedih di hati hanya Tuhan yang tahu.


Tiada ungkapan yang mampu dikeluarkan dari bibir. Terbayang di minda setiap peluh yang menitis untuk mencapai apa yang anda inginkan. Terbayang di minda pengorbanan yang anda telah lakukan untuk menggapai kejayaan yang anda rencanakan.


Hati tertanya. Mengapa aku gagal? Apakah usaha aku selama ini masih tidak mencukupi? Sedangkan aku mengorbankan tidur malamku, meninggalkan hiburan kegemaranku, menjauhi perkara melalaikanku, melupakan masa seronokku dan pelbagai lagi.


Terasa dunia seseolah tidak adil. Sedangkan kawan dan yang lain, bergembira seronoknya menikmati kejayaan yang mereka capai. Senyuman melebat di hati mereka sedangkan hujan dan guruh melanda hatiku.


Sedangkan mereka, aku perhatikan, apa yang mereka lakukan tidak dapat menandingi usahaku. Umpama langit dengan bumi. Namun dengan mudah mereka menggapai bintang kejayaan di langit meninggi itu.


Gugurlah keyakinan dalam diri dan buah-buah putus asa mula menumbuh di jiwa. Hati mengeluh. Biarlah. Mungkin kejayaan bukan untuk aku.


Jangan. Jangan sesekali anda melafazkan ayat sedemikian.


Kejayaan adalah perkara yang bukan mudah untuk dicapai. Ia mempunyai peringkat-peringkat yang tersendiri, bergantung kepada setinggi mana seseorang itu ingin mencapainya.


Tidak dapat disangkal lagi, ia hanya dapat dicapai dengan tenaga yang dialirkan untuk mendapatkannya. Bukan semudah dengan hanya tarikan satu jari.



Namun, adilkah dan perlukah kita berputus asa di saat apa yang kita bina hancur sekelip mata?


Yakinilah setiap kegagalan yang kita lalui sebenarnya membawa kita ke puncak gunung kejayaan. Cuma mungkin ia memerlukan masa. Mungkin ia memerlukan tenaga yang lebih. Mungkin ia memerlukan tambahan resepi.


Anggaplah setiap kegagalan yang kita lalui hari ini umpama arang. Walaupun hitam dan keras, namun ia dapat memberi tenaga haba di saat ia dibakarkan dengan api semangat yang tiada henti agar dapat memberi anda momentum yang baru dalam melakarkan sejarah.


Cuba bermuhasabah dan cari punca daripada kegagalan tersebut.


Mungkin ada benda yang perlu diperbaiki. Dan mungkin kesalahan yang anda perlu belajar itu, haruslah diperbaiki sekarang kerana anda mungkin melakukan kesalahan tersebut di waktu muka, dan boleh mengakibatkan kegagalan yang lebih besar.


Sesungguhnya manusia tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan dan Allah itu Maha Mengetahui.


Mungkin juga kejayaan itu sengaja tidak diberikan kepada anda kerana mungkin Allah merancang kejayaan yang lebih besar kepada anda.


Sekiranya anda berhenti berusaha sekarang, mungkin anda terlepas untuk mendapatkan kejayaan yang lebih besar itu. Maka, jangan berputus asa , bersabar dan kuatkan semangat!


Mungkin itu juga ujian Tuhan untuk menguatkan hati anda. Ingatlah, apabila kita mula melangkah ke hadapan, dugaan yang bakal kita hadapi juga makin kuat, umpama hembusan ombak yang mengganas. Jika hati anda rapuh, maka hati anda akan hancur umpama pantai yang terhakis akibat pukulan ombak tersebut. Oleh itu, kuatkanlah hati anda.


Rancanglah kejayaan baru. Jangan biarkan emosi sedih akibat kegagalan yang melanda menguasai diri. Sekiranya anda melakukan sedemikian, ia umpama anda merancang kegagalan anda sendiri dan menunggu kegagalan yang seterusnya.


Sekiranya anda adalah seorang pelajar, teruskanlah menelaah buku dan muka surat yang seterusnya. Jangan jadikan kegagalan ini menjadikan anda jatuh. Jadikan ia sebagai pelincir untuk enjin helikopter anda supaya dapat menerbangkan anda ke tahap yang lebih tinggi.


Sekiranya anda putus cinta, usahlah bersedih lagi. Mungkin ada hikmahnya apabila anda gagal dalam bercinta. Ia bukannya petanda anda bakal membujang seumur hidup. Mungkin Allah ingin mengurniakan yang lebih baik. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Adil.


Sekiranya anda gagal dalam pergaulan dengan rakan-rakan, jangan biarkan kesedihan menyelubungi diri. Kaji mengapa anda gagal dan belajar cara-cara pergaulan yang baik. Jangan berputus asa. Atau anda mungkin berseorangan seumur hidup.


Usahlah menangis lagi. Kesatlah air mata yang mengalir. Dan teruskan berusaha!
thank you for reading this entry

Friday, 7 October 2011


Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat




NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


Pertama, pilihlah sahabat
 yang suka melindungi sahabatnya, 
dia adalah hiasan diri kita dan 
jika kita dalam kekurangan nafkah, 
dia suka mencukupi keperluan.


Kedua, pilihlah seorang sahabat 
yang apabila engkau menghulurkan tangan
 untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, 
dia suka menerima dengan rasa terharu, 
jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu,
 dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .


Ketiga, pilihlah seorang sahabat 
yang apabila engkau menghulurkan tangan
 untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, 
ia suka menerima dengan rasa terharu
 dan dianggap sangat berguna,
 dan jika ia mengetahui mengenai
 keburukan dirimu ia suka menutupinya.


Keempat, pilihlah sahabat 
yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,
 pasti ia memberi, jikalau engkau diam,
 dia mula menyapamu dulu
 dan jika ada sesuatu kesukaran
 dan kesedihan yang menimpa dirimu,
 dia suka membantu dan meringankanmu
 serta menghiburkanmu.


Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata,
 ia suka membenarkan ucapan
 dan bukan selalu mempercayainya saja.
 Jikalau engkau mengemukakan 
sesuatu persoalan yang berat
 dia suka mengusahakannya
 dan jika engkau berselisih dengannya,
 dia suka mengalah
 untuk kepentinganmu.


 Dalam memilih sahabat
 kita hendaklah memilih sahabat 
yang baik agar segala matlamat
 dan hasrat untuk memperjuangkan Islam 
dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.



                  p/s: wahai kawan-kawan hati-hatilah dalam memilih kawan dalam hidup anda..

                                                                         

thank you for reading this entry

Sunday, 2 October 2011

KISAH RUMPUT

                                         
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? 




Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. 




Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat? 




Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. 




Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut. 




Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik? 




Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.




 Cikgu Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. 


       Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. 


       KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.



           
P/S : the moral of the story: HARGAILAH ORANG YANG BERADA DI DEPAN MATA KITA.MUNGKIN ORANG TERSEBUT ADALAH YANG TERBAIK BUAT DIRI KITA.

thank you for reading this entry